Menurut Halloran, J.(1978) perhubungan antara manusia merujuk kepada semua bentuk interaksi/ komunikasi yang berlaku, sama ada dalam bentuk konflik atau kerjasama tingkah laku. Sistem perhubungan ini perlu dibina dan dibentuk untuk memenuhi kehendak dan kemahuan sosial. Teori komunikasi berbentuk kontekstual yang lebih releven kepada penggunaan komunikasi dikaitkan dengan konteks atau situasi komunikasi seperti komunikasi antara perseorangan, komunikasi kumpulan dan sebagainya.
Komunikasi kumpulan (teori konteks), contohnya saya mempunyai dua orang sahabat yang baik Nur Amanah dan Nur Afikah ( bukan nama sebenar). Perkenalan kami bertiga bermula dalam situasi yang berlainan iaitu mula-mula saya mengenali Nuramanah ialah melalui telefon. Suatu hari Nur Amanah menelefon saya dan beliau memperkenalkan namanya dan pejabatnya tetapi malangnya saya belum mengenali wajahnya sementera Nur Afikah saya mengenali wajahnya dan tempat di mana beliau bekerja tetapi tidak mengetahui siapakah nama sebenarnya. Walaupun kami membina perkenalan antara satu sama lain tetapi kian hari perkenalan dan persahabatan kami terus dijaga dan mesra. Lebih-lebih mereka memanggil saya sebagai abang. Sebagai pelajar yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia kami sentiasa berhubung melalui telefon atau mengadakan perjumpaan bagi membincangkan pelbagai topik. Apa yang amat menarik pada perkenalan kami setiap satu kali interaksi yang kami lakukan, mesti wujud satu soalan tentang diri masing-masing contohnya "sudahkah anda berkahwin, berapa anak, mana satu anak yang tua dan sebagainya". Ini secara tidak langsung akhirnya akan memperjelaskan kedudukan diri kami masing-masing khususnya kami bertiga, ibarat proses menembusi bawang besar yang diperkenalkan oleh Altman dan Taylor.
Selain itu, kami rasa adalah sabahat yang lebih bertanggungjawab kerana bukan sahaja menjaga status masing-masing sebagai sahabat yang telah berkeluarga, kami bertiga tolong-menolong demi mengharap kejayaan cemerlang dalam bidang pelajaran seperti bertukar-tukar buku rujukan, pendapat, idea dan saranan.
Ringkasnya, dalam komunikasi elemen yang terlibat adalah sumber, mesej, saluran dan penerima. Justeru hari ini hubungan sosial melalui medium teknologi semakin di minati.
tips: setiap benda, situasi, organisasi, perbadanan dan lain-lain mempunyai unsur komunikasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan